Bagaimana untuk memilih VPN Windows terbaik? Lihat dua VPN tanpa had percuma terbaik untuk Windows 10 dan 11 untuk selamat dan pantas dalam talian tanpa membelanjakan wang.
Anda mungkin pernah mendengar tentang kepentingan VPN Windows dan mengetahui bagaimana rangkaian protokal maya yang disulitkan melindungi privasi internet anda. Setiap orang mempunyai cara mereka tersendiri dalam menggunakan VPN. Sesetengah orang menggunakan VPN untuk mengelak daripada dipantau, ada yang menggunakan VPN untuk memintas penapisan negara mereka untuk mengakses perisian rangkaian sosial. Ada juga yang menggunakan VPN untuk bermain permainan dalam talian dengan rakan mereka di negara lain dengan ping yang lebih rendah.
Adakah terdapat mana-mana VPN tanpa had yang percuma? Apakah VPN yang boleh dianggap sebagai VPN tanpa had percuma yang terbaik untuk Windows? Terdapat ratusan & ribuan pembekal perkhimatan VPN yang menawarkan kualiti perkhidmatan yang tidak sekata. Kebanyakan pembekal VPN memerlukan pembayaran secara bulanan sekiranya anda ingin menggunakan rangkaian pelayan selamat mereka. Pembekal VPN yang menawarkan sambungan secara percuma adalah sangat terhad. Untuk mengurangkan kos percubaan & kesilapan, kami telah memilih VPN tanpa had yang percuma untuk Windows (dengan sekatan), dan pilihan yang cukup baik (secara teori trafik tanpa had) untuk anda pilih VPN tanpa had percuma yang terbaik untuk Windows.
Adakah terdapat mana-mana VPN tanpa had yang percuma? Apakah VPN yang boleh dianggapp sebagai VPN tanpa had percuma yang terbaik untuk Windows? Terdapat ratusan & ribuan pembekal perkhimatan VPN ynag menawarkan kualiti perkhidmatan yang tidak sekata. Kebanyakan pembekal VPN memerlukan pembayaran secara bulanan sekiranya anda ingin menggunakan rangkaian pelayan selamat mereka. Pembekal VPN yagn menawarkan sambungan secara percuma adalah sangat terhad. Untuk mengurangkan kos percubaan & kesilapan, kami telah memilih VPN tanpa had yang percuma untuk Windows (dengan sekatan), dan pilihan yang cukup baik (secara teori trafik tanpa had) untuk anda pilih VPN tanpa had percuma yang terbaik untuk Windows.
VPN Proton ialah satu pembekal perkhidmatan VPN yang berkata akan menyediakan perkhidmatan tanpa had untuk pengguna percuma sejak kali pertama ianya dilancarkan, dan ia adalah benar. Untuk mengakses perkhidmatan percuma mereka, anda perlu memuat turun perisian pada laman web mereka dan menjalankan langganan tersebut. Selepas itu, anda diperlukan untuk mendaftar akaun Proton VPN dan mengesahkan akaun tersebut melalui e-mail anda. Seterusnya, balik kepada perisian dan log masuk menggunakan akaun Proton anda.
Terdapat tiga lokasi pelayan yang boleh dipilih iaitu Amerika Syarikat, Jepun, & Belanda. Ia mempunyai antara muka yang cukup mudah dan anda akan segera tahu apa yang anda sedang lakukan. Namun, terdapat tiga butang ditengah yang mungkin akan mengelirukan anda. Pertama, “Teras Keselamatan” di mana ia menyulitkan trafik anda sebanyak dua kali untuk meningkatkan keselamatan tetapi ini hanya terdapat pada akaun VIP. Kedua, ikon perisai iaitu “Perisai Bersih” yang menghalang laman phishing untuk anda. Butang in juga terdapat untuk akaun percuma VPN Proton. Ikon ketiga ialah fungsi Kill-switch di mana ia akan menamatkan trafik anda apabila hala VPN merosot. Sambungan yang rapat adalah untuk mengelakkan identiti anda daripada terdedah.
Masalah paling ketara yang dapat dilihat semasa penggunaan VPN Proton ialah kelajuannya. Ini disebabkan oleh kesesakan kerana terlalu ramai pengguna dalam proksi dan peratus penggunaan yang sentiasa berada di atas 91%. Seperti yang anda boleh lihat, kelajuan memuat turun & memuat naik hanya menunjukkan satu digit. Selepas diuji, purata kelajuan ialah sebanyak 100Kbps dan terdapat limit kelajuan yang ketara untuk pengguna percuma. Semasa ujian dijalankan, sambungan telah merosot sebanyak satu kali, namun, ia masih boleh diterima untuk perkhidmatan VPN yang percuma.
Mengenai perlindungan keselamatan, VPN proton telah berjaya untuk menutup alamat IP sebenar dan privasi saya. Secara umunya, VPN Proton adalah kemas & bagus, walaupun masalah kelajuan masih menyesakkan pengalaman kesuluruhan pengguna. Nampaknya, had kelajuan muat turun anda adalah disengajakan oleh pihak rasmi.
Sekiranya anda tidak tetap dengan idea “trafik tanpa had” dan ingin mencari cara yang mudah untuk diadaptasi & bebas dari sekatan – VPN percuma untuk Windows. Ini adalah pilihan yang tepat untuk anda. VPN iTop.
Dengann VPN iTop, anda tidak perlu mendaftar masuk. Muat turun perisian, jalankannya, dan laksanakan program tersebut dengan menekan “Sambungkan” dan siap untuk digunakan. Tiada maklumat kad kredit, akaun sekutu, dan pendaftaran diperlukan. Hanya tekan dan selesai. Sekiranya anda mencari akses ke internet tanpa nama yang pantas, VPN iTop adalah pilihan anda.
Terdapat 700Megabait had trafik untuk rancangan percuma anda dengan hanya proksi Amerika yang tersedia. Walaupun itu agak mengecewakan, VPN iTop tidak meletakkan had kelajuan dan 700 Mb trafik akan ditetapkan semula setiap hari; ini sama dengan 21 Gigabait pek data setiap bulan. Melihat semula purata harga untuk perkhidmatan VPN, 20 GB VPN percuma untuk setiap bulan boleh dianggap sebagai tawaran yang sangat baik.
Selain itu, purata kualiti sambungan VPN iTop adalah lebih baik jika dibandingkan dengan VPN Proton. Salah satu sebab yang munasabah adalah kerana proksi VPN iTop lebih tersusun untuk pengguna percuma. Tambahan pula, pengguna VPN iTop juga tidak banyak dibandingkan dengan VPN Proton. Oleh itu, sedikit persamaan di antara jurang proksi mereka dan anda akan mendapat pengalaman yang lebih baik kerana tidak ramai orang menggunakan jalur lebar tersebut. Bagi saya, sekarang adalah masa yang sangat sesuai untuk anda menggunakan VPN tanpa had percuma untuk Windows ini.
Sama seperti VPN Proton, VPN iTop juga mempunyai kill switch, ciri-ciri menutupi IP untuk memastikan internet privasi anda. Selain itu, VPN iTop juga menawarkan fungsi Perlindungan DNS sekiranya DNS anda dirampas oleh penggodam ataupun perisian hasad.
Satu perkara yang ingin saya tekankan ialah, VPN iTop menyediakan proksi dan garisan yang optimum berdasarkan penggunaan anda. Contohnya, sekiranya anda ingin menonton Netflix tetapi kandung tersebut ditapis di negara anda, anda boleh mengubah kepada IP yang lain untuk memintas sekatan tersebut. Anda boleh memanfaatkan kebaikan tersebut dengan menggunakan VPN iTop & mengubah tetapan internet anda dengan hanya satu klik untuk menyesuaikan dengan penggunaan anda, di mana ia merupakan perkara yang menarik.
Pada pendapat saya, untuk anda memilih VPN tanpa had percuma yang terbaik untuk Windows adalah satu pertimbangan antara “Data Tanpa Had”dan“Pengalaman Melayari Yang Lebih Baik”. Anda boleh membuat pilihan yang anda suka. Sekiranya tertarik dengan trafik tanpa had & penggunaan percuma, maka, VPN Proton adalah pilihan anda. Sekiranya anda mencari prestasi yang seimbang dan lebih baik secara keseluruhan, VPN iTop berada di kedudukan yang paling atas. Sekiranya anda memerlukan VPN tanpa had yang percuma untuk Windows, saya harap ini boleh menjadi rujukan yang baik untuk anda.