Untuk memperkenalkan kunci utama tentang mengapa VPN adalah wajib untuk keselamatan internet PC anda. iTop VPN bisa menjadi VPN gratis terbaik untuk mengamankan keamanan Anda.
Untuk memahami mengapa dan bagaimana VPN yang selamat untuk PC menyokong keselamatan internet anda & melindungi privasi anda, pertama, anda perlu memahami mekanik tentang bagaimana VPN berjalan dan berfungsi untuk internet komputer anda dengan tujuan untuk melindungi anda.
VPN yang selamat untuk PC menguatkuasakan maklumat sekuriti anda melalui pengarahan semula data yang dihantar melalui komputer anda ke pelayan jauh kepada konfigurasi khas yang diuruskan oleh hos rangkaian persendirian maya anda. Oleh itu, maklumat anda tidak akan mengembara melalui pelayan ISP atau mana-mana pihak ketiga lain yang boleh mendedahkan privasi anda kepada orang ramai. Sementara itu, VPN akan menyulitkan data yang anda hantar & menerima dengan algoritma tertentu. Walaupun mereka memintas data anda, mereka masih akan menerima maklumat yang salah melainkan mereka mendapati cara untuk menyahsulitkan maklumat tersebut.
Tambahan pula, sekiranya sambungan VPN anda terganggu disebakan masalah sambungan, sambungan selamat anda akan dimatikan dengan Kill Switch. VPN yang terbaik akan dapat mengesan kerosakan tersebut dan memberhentikan program yang telah di prapilih. Ini adalah untuk mengurangkan kebarangkalian data tersebut hilang dan berkrompomi.
Antara kebaikan lain yang terdapat pada VPN yang selamat untuk PC anda ialah, sekiranya VPN yang selamat digunakan¸ trafik anda tidak akan melalui pelayan ISP (Pembekal Perkhidmatan Internet) tempatan tetapi ia akan dihantar ke pelayan pembekal VPN (Virtual Proxy Networking). Dengan berbuat demikian, alamat IP anda akan ditopengkan dengan alamat IP fizikal pelayan VPN dan IP sebenar anda yang ditetapkan oleh pembekal perkhidmatan internet tempatan tidak akan dintunjukkan.
Dengan itu, penyerang ataupun penipu tidak akan dapat mengesan dan mencari kedudukan fizikal anda dengan hanya menganalisis alamat IP anda. Antara Langkah yang penting untuk pencuri identity melakukan pencurian maklumat mereka adalah dengan mencuri maklumat kewangan atau dengan cara penipuan rangkaian sosial anda.
Seperti yang dikatakan sebelum ini, kelebihan yang kita boleh perolehi dari mekanik VPN adalah kemampuan untuk menyembunyikan alamat IP kita yang sebenar dengan melimpasi beberapa sekatan. Sebagai contoh, Netflix menawarkan jenis tayangan yang berbeza mengikut kawasan yang tertentu. Sekiranya anda menetap di U.K., anda tidak akan dapat menonton episod-episod Van Helsing kerana cerita tersebut hanya ditawarkan di Amerika Syarikat. Dengan menggunakan VPN yang selamat untuk Windows, anda akan dapat melalui sekatan tersebut dengan mudah apabila menggunakan portal penstriman seperti Netflix, Hulu, HBO, dan sebagainya. Dengan hanya memilih pelayan Amerika Syarikat, anda boleh menonton Van Helsing walaupun berada di U.K.
Semestinya ada, bahkan, anda boleh mencari berjuta VPN yang berbeza di internet dimasa kini. Walaupun terdapat banyak VPN yang berbeza yang boleh digunakan untuk melindungi internet anda, namun adakah VPN tersebut dijamin selamat, mempunyai banyak fungsi, mudah untuk digunakan, dan yang paling penting, adakah VPN tersebut percuma?
VPN iTop adalah pembekal perkhidmatan VPN terkemuka yang selamat apabila membincangkan tentang faktor keselamatan internet ada: sistem yang selamat, dikuasakan oleh teknologi penyulitan peringkat perbankan untuk memastikan penghantaran data anda dilindungi sepenuhnya oleh perkhidmatan VPN iTop. Ia juga menyediakan Kill Switch untuk menjaga kerahsiaan identiti anda sekiranya berlaku kemerosotan kepada internet anda. Selain itu, iTop juga menyediakan lebih dari 100 pelayan dari seluruh dunia untuk negara-negara yang berlainan yang boleh anda pilih (terhad dalam versi percuma), dengan munggunakan VPN iTop, anda boleh menyembunyikan identiti dan lokasi sebenar anda dengan mudah, juga mampu mengurangkan risiko pencurian identiti.
Selain daripada kebimbangan atas kesalamatan internet. Seperti yang kita bincangkan, kita boleh menggunakan VPN iTop untuk memintas sekatan negara tersebut. Akses kepada kandungan terhad serantau mudah didapati dengan menggunakan VPN iTop. VPN iTop menyokong tiruan serantau untuk platform Netflix, BBC Player, Disney+, Hulu, HBO Max, Paramount, anda boleh menonton kandungan terhad serantau menggunakan platform-platform tersebut. Selain menggunakan striming atas talian, VPN iTop juga boleh menyahsekat perisian rangkaian sosial seperti WhatsApp, Telegram, Skype, Facebook, dan Twitter. Dengan itu, sekiranya anda melancong ke negara-negara lain, anda boleh menggunakan VPN iTop untuk berhubung dengan rakan-rakan dan keluarga anda menggunakan perisian rangkaian sosial di negara yang mempunyai tapisan yang kuat.
Terdapat beberapa ciri-ciri yang berguna pada VPN iTop dan saya yakin ciri-ciri tersebut boleh dimanfaatkan oleh anda. Contohnya, pembersih pelayar. Membersihkan maklumat peribadi yang disimpan di dalam pelayar anda dengan kerap adalah penting kerana ia mampu membocorkan aktiviti dalam talian anda. Sekiranya anda tidak mahu ibu anda melalui sejarah pelayar anda, mengapa membiarkan penggodam berbuat demikian? Tambahan pula, privasi & maklumat peribadi anda amat mudah digali dengan hanya menganalisis fail sementara yang disimpan dalam pelayar anda. VPN iTop juga memberikan fungsi pelindungan DNS yang mengelakkan DNS anda dari digodam atau dirampas oleh perisian perosak atau penggodam, menghindari anda dari pemalsuan dalam talian dan iklan yang muncul secara tiba-tiba.
VPN iTop adalah antara VPN selamat percuma yang paling mudah dan terbaik yang pernah anda ketahui. Anda hanya perlu memuat turunnya dari laman web rasmi, memasang, jalankan, dan siap untuk digunakan. Apabila anda ingin meyambung ke rangkaian yang selamat, anda hanya perlu tekan butang “Sambungkan”. Tetapan manual dan maklumat kredit tidak diperlukan dan anda hanya perlu tekan dan menggunakannya. VPN iTop menawarkan 700 megabait trafik setiap hari dan ia akan ditetapkan semula setiap hari. Ini bersamaan dengan lebih kurang 20GB sebulan. Tawaran yang baik. 700 megabait ini adalah sangat sesuai dan mampu menampung keperluan anda sekiranya anda adalah seorang pemain permainan dalam talian seperti PUBG bersama rakan di seluruh rantau.
Sekiranya anda mencari VPN percuma untuk digunakan, selamat untuk PC & Windows, VPN iTop adalah pilihan yang terbaik. VPN iTop mampu menjaga kemudahan penggunaan and kemampuan untuk menjaga privasi internet anda dan yang paling penting, ia adalah percuma. Tidak seperti VPN yang lain seperti ExpressVPN, NordVPN yang memerlukan maklumat kad kredit anda, dengan VPN iTop kita hanya perlu tekan dan mula menggunakan. Saya sangat mengesyorkan kepada anda untuk mencuba VPN iTop sekiranya anda memerlukan VPN yang selamat!